Pages

Sunday, 28 May 2017

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Assalamualaikum uols. Belum terlambat lagi nak wish selamat berpuasa kan? Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk menunaikan ibadah puasa tahun ni. Syukurr. Jejom rebut peluang dan ganjaran pahala yang Allah offer. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini seribu kali lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Aminn. 






Ganjaran Yang Sangat Besar Untuk Mereka Yang Dikurniakan Rezeki Hidup Dan Beramal Ibadah Pada Bulan Ramadhan


Daripada Saidina Tolhah bin 'Ubaidillah r.a menyatakan bahawa terdapat dua orang daripada kabilah Baliy yang telah memeluk Islam dengan Rasulullah saw. Salah seorang di kalangan mereka sangat kuat beribadah dan telah menyertai peperangan lalu mati syahid. Manakala seorang lagi meninggal dunia setahun selepasnya.


Tolhah r.a berkata;


"Saya telah melihat dalam mimpi bahawa ketika saya bersama dengan mereka berdua di hadapan pintu syurga, keluar seorang lelaki dari syurga lalu meminta izin kepada lelaki yang mati paling akhir di antara mereka berdua untuk masuk syurga. Kemudian, lelaki tersebut keluar dan memberi izin pula kepada lelaki yang mati syahid untuk masuk syurga." 


Kemudian dia kembali berkata kepadaku;


"Kamu pulanglah dulu kerana giliranmu belum tiba."


Keesokan paginya, Tolhah bercerita dengan orang ramai dan merasa pelik dengan mimpi tersebut. Kisah itu sampai kepada Rasulullah saw dan para sahabat menyatakan rasa pelik mereka kepada Baginda. 


Baginda bertanya;


"Perkara apakah yang kalian rasa pelik?"


Para sahabat menjawab,


"Ya Rasulullah, kenapa lelaki yang kuat beribadah ini dan telah mati syahid masuk syurga lewat berbanding dengan lelaki yang mati kemudian daripadanya?"


Baginda bertanya;


"Bukankah lelaki yang mati kemudian ini dapat hidup setahun lebih daripada lelaki yang mati syahid itu?"


Para sahabat menjawab : Ya.


Rasulullah bertanya lagi;


"Bukankah dia dapat hidup pada bulan Ramadhan dan dapat berpuasa serta mendirikan solat dan sujud lebih banyak dalam tahun tersebut?"


Rasulullah saw bersabda;


"Kedudukan dan ganjaran di antara mereka berdua adalah lebih jauh di antara langit dan bumi."



Sumber: 

Hadith Sahih Riwayat Al-Imam Ahmad dan Al-Imam Ibnu Majah Rahimahullah



Salam Sayang, 
Kak Ain