Pages

Saturday, 19 May 2018

Hi Tea di Molten Chocolate Cafe



Sehari sebelum puasa haritu aku teringinn gila nak makan dessert. Memandangkan kami laki bini ni hantu cokelat, aku decide untuk ke Molten Chocolate Cafe di Melawati Mall. Dekat ngan rumah. Malas nak pergi jejauh. 



Molten


Muka manyak hepi


Just nak share dengan korang. Review jujur dari aku. Aku kasi 5 bintang setengah untuk menu kat Molten ni. Sedapp dan tak muak. Memang boleh layan ar. Dari segi harga pulak, sangat affordable. Personally, harga Molten lebih murahhh daripada Dip N Dip. Total makan untuk kami berdua ialah RM42. Okay la kan. Sesekali nak merasa.



Molten crepe with ice cream 


Waffle stick 


Tips makan cokelat; order air yang masam atau teh panas jer. Untuk potong balik rasa muak cokelat tu. Tak pun minum air mineral. Macam aku, tetiap kali keluar rumah memang aku bawak air kosong. Sebab aku sejenis yang tak puas minum air manis. Rasa melekit dalam mulut. 


Semoga bermanfaat dan enjoy your dessert =)




XOXO, 
Ain


Wednesday, 16 May 2018

Cara Sambut Ramadhan


Marhaban ya Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Dah setahun eh since puasa last year. Semoga puasa tahun ini membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk kita semua. Amin. Jangan sia-siakan ganjaran pahala yang Allah offer. Setahun sekali jer dapat pahala berganda-ganda di bulan yang mulia ni. Tahun depan belum tentu kita akan merasa nikmat Ramadhan. Panjang umur, in Shaa Allah. Pendek umur, Innalillah.. Hehe. Selamat Berpuasa korang =)








Sharing daripada Ustazah Norhafizah Musa - Cara Sambut Ramadhan


1. Bila Ramadhan tiba, sambutlah dengan sujud syukur. Tanda terima kasih kepada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini.

2. Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat handai, ucapkanlah Ramadhan Kareem dan orang yang mendengar hendaklah menjawab, Allahu Akram (Allah Lebih Mulia).

3. Sambutlah Ramadhan dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selalu berbicara dengan Allah walau di dalam hati. Contohnya, "Ya Allah, aku berpuasa hanya untukMu. Terimalah puasaku ini."

4. Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.

5. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Hiasilah diri dengan iman dan taqwa. 




XOXO, 
Ain

Wednesday, 9 May 2018

Premium Rose Water Untuk Kulit Cantik


Just for sharing. Masa kulit muka aku break out teruk dulu, aku buat bekam muka. Alhamdulillah, pulih sepenuhnya dalam masa 6 bulan. Antara tips yang jurubekam bagitahu, untuk masalah jerawat kronik kena kurangkan makanan dan minuman manis, banyakkan minum air kosong, lebihkan makan ikan dan sayur hijau. 


Lepas tu, akak yang jurubekam tu suruh aku konsisten spray air mawar. Jujur aku cakap, air mawar memang sangat berkesan untuk mencantikkan kulit wajah. Bila spray air mawar tu, kulit muka rasa sangat fresh dan lembap. Jerawat mudah kecut dan parut hitam pun cepat pudar. 


So, kalau korang ada masalah jerawat kronik, jerawat batu-bata level 40, cecepat lah pergi bekam muka yer. Tak sakit langsung. Best giler dapat buang darah kotor kat muka. Pastu korang gunalah air mawar sebagai salah satu rutin skincare.








If korang nak try, bolehla piyem tepi ye. Rose water ni aku guna dah habis sebotol. Memang superb kesannya. Kulit menten lembap dan rasa fresh dari ladang. Parut hitam akibat jerawat pun makin hari makin pudar. Setiap kali lepas cuci muka, aku akan spray dekat muka sebagai face mist untuk kegunaan harian. Kalau korang jenis kaki mekap macam aku, boleh guna rose water ni sebagai makeup setting spray. Mekap jadi lebih smooth dan boleh tahan lama. Selfie pun cantik jer macam Mira Filzah.



Kelebihan Premium Rose Water


+ Diimport khas dari Morocco

+ Menggunakan pati mawar

+ 100% organik

+ Halal dan selamat digunakan

+ Tak ada paraben

+ Tak ada bahan kimia berbahaya

+ Tak ada alkohol

+ Bau bunga ros asli

+ Tak ada bahan pengawet

+ Tak ada pewangi tambahan



Sangat bermanfaat dan berbaloi sebab korang boleh gunakan rose water ni dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sebotol boleh tahan dalam sebulan lebih macam tu. Harga tak sampai RM50 pun. Sekali dah guna, korang akan jadi ketagih. Hehe. Dengan cuaca yang panas kat Malaysia ni sesuwai sangatlah untuk sentiasa lembapkan kulit. Lelagi kalau korang keja opis, asyik kena aircond jer kan. Nanti kulit jadi sangat kering tau. Kulit kering kalau biar lama-lama akan mempercepatkan proses penuaan. Oh, no! 







Testimoni 














XOXO, 
Ain