Pages

Thursday 22 July 2021

Nasi Arab Mudah Guna Perencah






Sejak PKP ni kan susah nak keluar. Daripada mereput jer kat rumah, ada eloknya cuba test resepi baru. First time aku masak nasi Arab. Inspirasi daripada mak mertua aku. Guna perencah ready made jer. Aku beli kat Shopee. Dapat sekali beras basmathi dan perencah Yemeni Mendhi. 






RM18 jer yang 500g untuk 5-6 orang makan. 1kg pun ada. Cukup rasa, sedap macam kat kedai Arab gitu. Untuk nasi, korang masak jer macam biasa. Follow instruction dekat paket tu. 


Ayam bakar :

Beberapa ketul ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serbuk lada hitam
Rempah kari ayam
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Serbuk perasa 


Blend bawang putih, bawang merah, halia dan serbuk lada hitam. Takda sukatan. Aku agak-agak jer. Campur semua ni dengan ayam, serbuk kunyit, rempah kari, garam dan serbuk perasa. Perap tiga jam. Lepas tu bakar sampai masak.


Sambal tomato pedas :

Tomato
Cili padi


Blend jangan halus sangat. Tambah serbuk perasa sikit.


Kuah sup :

Didihkan air. Letak pes sup tulang Adabi. Masak sampai mendidih. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap. Mudah jer kan? =)



XOXO, 
Ain




Wednesday 7 April 2021

Puding Buah Naga






Bahan-bahan :

1 biji buah naga merah
1 bungkus agar-agar tali (20g)
1 tin susu cair
750ml air 
3/4 cawan gula


Cara-cara :

1. Lenyekkan buah naga sampai halus. Ketepikan. 

2. Masak air sampai mendidih. Masukkan agar-agar dan masak sampai hancur.

3. Tambahkan gula. Kacau sampai larut.

4. Masukkan susu cair. Pastikan api perlahan supaya tak hangus.

5. Kacau sebati dan masukkan buah naga. Matikan api. 

6. Tuang ke dalam bekas. Biarkan suam sikit kemudian simpan dalam peti ais.

7. Lepas 5 jam atau dah keras, boleh la makan. Selamat mencuba =)



XOXO, 
Ain



Tuesday 9 February 2021

Kuih Lopes





Bahan-bahan : 

1 cawan beras pulut
1 cawan santan
1/3 cawan air pandan (4 helai)
1/3 sudu kecil air kapur
1/3 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Kelapa parut (gaul garam sikit)


Air gula : 

3/4 cawan air
1/2 cawan gula merah
5 sudu besar gula putih

Masak semua ni sampai pekat.


Cara-cara : 

1. Cuci beras pulut dan rendam dua jam. 

2. Kisar daun pandan dengan sedikit air.

3. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang.

4. Campurkan dengan santan, air daun pandan, garam dan air kapur. 

5. Titiskan sedikit pewarna hijau sebagai penyeri.

6. Panaskan pengukus. Bila air dah mendidih, kukus beras pulut 30 minit.

7. Guna tupperware bulat yang kecik tu, masukkan sikit beras pulut.

8. Tekan dengan satu lagi tupperware di atas untuk dapatkan bentuk bulat. 
   
9. Gaul dengan kelapa parut. Dah siap =)



XOXO, 
Ain



Sunday 10 January 2021

Resepi Mudah Overnight Oat


First time aku cuba overnight oat. Dah lama teringin. Rasa pun sedap. Sesuai sangat untuk korang yang nak turunkan berat badan. Boleh jadikan oevrnight oat ni sebagai salah satu menu diet. Makan time breakfast, perut boleh tahan kenyang tau. 





Bahan-bahan :

6 sudu besar rolled oat
1 cawan fresh milk
2 sudu besar yogurt asli
2 sudu besar madu
Buah-buahan




Cara-caranya :

1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas. Lagi elok guna botol kaca.

2. Untuk topping boleh guna buah-buahan yang dipotong kecil. Nak letak dried fruits, 
kacang atau kismis pun boleh. Ikut selera masing-masing.

3. Simpan semalaman dalam peti sejuk. 


Mudah giler nak buat. Actually aku tersilap guna instant oat. Bila campur semua bahan, jadi macam lembik sikit. Patutnya kena guna rolled oat yer. Hihi. Selamat mencuba =)



XOXO, 
Ain